Thursday, 11 February 2016

Warisan Tok Ma.

Salam semua,

Salam perkongsian untuk semua..
Warisan Tok Ma adalah perniagaan makanan berkonsepkan warung yang menjual masakan untuk sarapan pagi seperti nasi bungkus dan kuih muih.

Antara menu utama Warisan Tok Ma adalah seperti Nasi berlauk WTM, Nasi Lemak biasa, Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Nasi Lemak Ikan Goreng, Nasi Goreng dan Kuih muih. Kebanyakan menu jualan Warisan Tok Ma adalah kebanyakan berasas dari makanan pagi masyarakat pantai timur terutama dari Kelantan. Kebiasaannya nasi berlauk memang terkenal di pantai timur sebagai nasi untuk sarapan pagi.

Warisan Tok Ma juga menjual dengan harga yang murah kerana mengambil kira kos sara hidup di bandar Johor Bharu dan pasir gudang memang tinggi. Wujudnya Warung Warisan Tok Ma ini adalah kerana bermula dengan rasa tidak puas hati dengan harga jualan kebanyakan kedai makanan dan warung yang menjual dengan harga yang boleh dikatakan tinggi. Kebanyakan masyarakat akan terfikir, kenapa mereka menjual dengan harga yang begitu tinggi dan menyusahkan masyarakat untuk mendapatkan sarapan pagi dengan harga yang berpatutan dan murah.

Itulah titik tolak penubuhan Warisan Tok Ma dengan slogan "Jual Murah, itulah Kami". Warisan Tok Ma ingin menjadi rangkaian warung jualan sarapan pagi dengan harga jualan yang murah dan berpatutan walaupun semua orang tahu kos sara hidup di Malaysia sekarang memang tinggi. Walaupun hasrat Warisan Tok Ma ingin sentiasa memberikan harga jualan yang sentiasa murah dan berpatutan, kami juga amat mementingkan mutu dan rasa masakan kami. Kami juga mementingkan citarasa pelanggan kami.

Kami di Warisan Tok Ma berhasrat untuk membantu orang ramai mendapatkan makanan dengan harga yang tidak membebankan semua orang. Bantulah kami berniaga, sama-sama mendapat manfaat dari perniagaan ini dan kewujudan Warisan Tok Ma memudahkan urusan awal pagi masyarakat semua.
Antara rangkaian warung WTM

Antara Menu Jualan Warisan Tok Ma;




Sekian, Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment